Wednesday 15 August 2012

Penyakit yang Paling Ditakuti Rasulullah SAW

Assalamualaikum . Salam seindah seruan Ilahi :) 
"Doa senjata orang mu'min,Bermula 'Bismillah',Disudahi 'Amin' ..


"Arghh !!!!" Bisik Sara pada dirinya sendiri."Kenapa mesti ada RIAK dalam hati aku?"rengusnya dengan marah..

"Sesungguhnya di dalam diri ada seketul daging. Bilamana ia baikk, maka baiklah seluruh anggota dan bilamana ia rosak maka rosaklah seluruh anggota.Ketahuilah itulah HATI."
(hadis riwayat al-bukhari dan muslim)

 Benarlah. Riak adalah satu sifat mazmumah dan penyakit hati yang keji. Imam al-Ghazali menghuraikan : "Mencari kedudukan di hati manusialain dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebajikan" Oleh itu Allah mengharamkan kita memilikinya.

Firman Allah SWT :
"Maka celakalah bagi orang yang sembahyang, iaitu orang yang lalai daripada sembahyang dan berhati riak dengan itu" (Surah al'maun:4-6)

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud :
"Sesuatu yang aku khuatirkan(berlaku) antara kamu ialah syirik kecil." Lalu ditanyakan para sahabat ;"Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah?" Baginda bersabda :"itulah riak"
Hadis riwayat ahmad dan Baihaqi..

Kebimbangan Rasulullah SAW terhadap isu riak ini juga tidak dapat disembunyikan lagi. Baginda risau penyakit hati yang amat halus seperti pergerakan semut(dabibun namli) akan bermaharajalela di dalam dada umat tanpa usaha penyucian dan pemulihannya.
Berdasarkan penjelasan Al-Quran Sunnah,setiap mukmin wajib menjauhi sifat riak dalam ibadah terutamanya sifat riyak dalam "ibadah khusus". Niat dalam ibadah khusus adalah kerana mencari keredhaan Allah.

Sayidina Ali ibn Abi Talib menjelaskan 3 tanda orang yang bersifat riak :
1) Malas apabila sendirian
2) Rajin apabila berada dalam kalangan orang ramai
3) Menambah amal apabila dipuji dan mengurangkannya apabila dikeji.

Allah SWT berfirman yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu menghilangkan(pahala) sedekah kamu dengan menyebut-nyebut dan menyakiti(penerimaannya seperti orang yang manafkahkan hartanya kerana riak dengan manusia" (Surah al-Baqarah : 264)
"Episod kehidupan pasti bermakna"

1 comment:

Aliff said...

sangat membina :)