Saturday 29 September 2012

Kesilapan Tentang Dakwah !

Bismillahhirahmanirrahim .
Assalamualaikumwarahmatullah dan Salam ukhwah Fillah semua :)
Hari ini cerita kita tentang sebuah fenomena yang sangat menarik KEPADA mereka yang selalu BEGINI "eleh,konon ustazah la ko,nasihat2 orang","ehh,cermin diri sendiri la nak dakwah2 orang","kau tu pun pernah buat salah gak" . MasyaAllah ! Kenapa kita perlu berkata begini ! Bagi para sahabat ana semua,disini ana ingin berkongsi tentang Konsep Dakwah :) !!


1) Hanya milik ustaz dan ustazah ..
-Inilah kesilapan yang paling besar dilakukan oleh kebanyakan Muslim. Apabila disebut sahaja pendakwah,pasti terbayang seseorang yang berkopiah,bertudung labuh,berstokin sedang menyampaikan kuliah ataupun seseorang yang sedang berceramah.
-Anda tidak perlu menjadi seorang ustaz atau ustazah untuk berdakwah.Ini kerana kita semua adalah pendakwah.Seperti mana sabda Nabi Muhammad "Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat". Hadis ini langsung tidak mengkhususkan tugas dakwah kepada sesebuah golongan,malah ia meliputi semua orang Muslim !
-Walau siapa pun anda,tanggungjawab untuk berdakwah sentiasa di bahu,wajib untik kita berdakwah ! Tidak kira kita miskin atau kaya,berjawatan atau tidak,doktor atau peguam,pelajar atau murid,peniaga kedai sekalipun anda layak berdakwah ! Bayangkan jika setiap Muslim menggalas tugas ini,nescaya Islam akan kembali dijulang dan gemilang di persada dunia.

2) Mesti dalam bentuk ceramah ..
-Tidak adil jika dakwah hanya dilaksanakan dalam bentuk ceramah.Ini kerana tidak semua orang memiliki kepakaran dalam berbicara dan memujuk yang berkesan.Malah,kalau kita lihat tingkah laku dan peribadi mulia Nabi Muhammad s.a.w telah memberi impak yang sungguh berkesan dalam menyebarkan agama Islam.
-Maka anda boleh berdakwah dengan menonjolkan akhlak dan sahsiah sebagai orang Muslim.Tunjukkan bahawa betapa bersihnya,sucinya,sopannya seorang Muslim dengan senyuman dan penampilan yang kemas.Anda juga boleh menggunakan laman internet seperti facebook dan blog untuk berdakwah.Pastikan inputnya dapat menyedarkan insan serta mengajaknya ke arah kebaikan !

3) Hanya di surau masjid atau madrasah ..
-Anda silap sekali lagi. Dakwah tidak mengenal tempat,waktu.Malah dakwah sangat diperlukan di tempat2 yang tidak khusus seperti tengah berjalan2 dengan rakan,study group,pembelajaran di dalam kelas,restoran dan pelbagai lokasi yang lain.
-Al-Syahid Imam Al Banna merupakan seorang pendakwah contoh yang mengambil pendekatan dakwah yang berbeza pada zamannya dengan memulakan dakwah di kedai2 kopi.Dengan kaedah ini jugalah gerakan Ikhwanul Muslimin di bawah pimpinan beliau mudah mendekati dan mengesan masyarakat Islam pada waktu itu.
-Anda juga boleh begitu. Anda berasa Malu ? jangan khuatir,Mulakanlah dengan mengajak sahabat bersama2 dan binalah satu persatuan untuk melaksanakan kaedah dakwah yang segar ini untuk menyentuh hati yang mudah disentuh dan mendidik mereka yang patut dididik :) !!

Kesimpulan : Sebagai seorang Muslim,kita tidak seharusnya mengungkit kembali keaiban sahabat kita yang ingin berubah ke arah kebaikan mungkin dia akan rebah semula dengan cacian anda :)

3 comments:

syalina lin said...

Sahih ya ukhti. Dakwah itu tak terbatas pada seseorang,tempat dan masa. Bak kata imam hassan al basri : Aku menasihatimu bukanlah bererti akulah yg paling baik di antara kamu,bukan juga bereti akulah yg paling soleh diantara kamu kerana aku juga pernah melampaui batas sebagai seorang manusia tapi jika seseorang itu hanya menyampaikan peringatan apabila dia telah sempurna maka tidak ramailah yg memberi peringatan.

DIENA NERYNA said...

alhamdulillah :) syukran.kita betulkan tanggapan mereka.dakwah adalah kewajipan bagi semua orang.tidak terkecuali..ganjarannya cukuplah besar :)

syalina lin said...

InsyaAllah..jom2! hwaiting!