Wednesday, 1 May 2013

SUPER DUPER MUSLIMAH WANNA BE ^,^


Hai and assalamualaikum.
27/4 haritu kitorang ade stamina bijak pandai untuk f5,f6.
Best boleh laa~ tapi sunyi je xsme mcm dekat sekolah lama dulu :(

K sokayy,yang penting ilmunya dapat meresap dalam sanubari masing2. 
Time to share ilmu daripada 3 speaker yang VaVaVoomm :

Imam Muda Najdi.

Antara pesanan Imam ialah...

1) Belajar kerana Allah,buat ape2 pun mesti semuanya kerana Allah,
barula Allah redha,memberi keberkatan terhadap apa yang kita buat.

2) Niat kita belajar tu haa,jangan belajar kerana nak bangga diri,
jangan belajar untuk riak konon diri anda rajin,belajarla untuk dapatkan ilmu pengetahuan,
tapi belajar yang baik2 je taw,yang tak baik jangan la diikut.

3) Then,kita jangan sesekali lupee baca Al-Quran Kareem,tolongla jangan lupa baca Quran,
Quran adalah salah satu mukjizat. InshaAllah dengan membacanya ia akan membantu kita,
permudahkan hari2 kita,jangan tinggalkan amalan baca Quran.

4) Solat awal waktu,tak rugi pun kalau solat awal waktu,malah akan memudahkan urusan 
kita lagi adalah ! percaya cakap saya..

5) Faham dan Buat,sebenarnya kita masih tak tahu apa itu faham,faham ialah apabila kita tahu 
dan kita buat apa yang kita tahu.. bukan sekadar tahu,contohnya kita tahu solat,so kita solat la,
kita tahu solat tu mesti awal waktu jadi kita solatla awal waktu,TAPI hakikatnya sekarang ni,
kita tahu tapi pura2 taktahuu,tu la penyakit akhir zaman "Penyakit Cinta Dunia"
parah parah sahabat :'(

6) Hablu Minallah Hablu Minannas,kita kena jaga hubungan kita dengan Allah contohnya solat,
baca Al-Quran,banyakkan istighfar,Qiamullail,berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w,
barulah Allah Taala akan jaga hubungan kita dengan manusia,jangan sakiti hati sahabat,
"diam lebih baik daripada berkata-kata,tapi ,mengucapkan yang baik2 lebih baik daripada diam"

7) Taat ibu ayah,jangan sesekali melawan kata ibu bapa,bila dia menyuruh kita buat sesuatu kita buat,jangan bantah,ikut je apa mereka cakap,tak rugii,dapat pahala lagi adala <3


Imam Muda Jabbar.

Antara pengisiannya ialah.........

1) DOA,kita kalau nak belajar atau buat ape2 pekerjaan sekalipun kita mesti doa,
doa belajar,doa makan,doa masuk tandas,doa masuk rumah,mcm2 doa ada,
jangan lupe jugak setelah selesai buat sesuatu pekerjaan ucapkan segala puji bagi Allah,
alhamdulillah. Kita juga jangan lupa berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w.
selepas selesai solat fardhu galakkan diri kita beristighfar,bertasbih,bertahmid,takbir kepada Allah.

2) USAHA,dah berdoa kita kena laa berusaha,kalau doa jee tak usaha tak guna gak,
buat jadual belajar di rumah atau asrama,belajar jangan lama2,2 jam pun da cukup,
kalau di sekolah dengan concentrate dengan apa yang ckg ajar,jangan bersembang,ketika ckg ngaja 
kita digalakkan melihat wajah ckg kita,tatap muka dia. inshaAllah dapat.

3) IKHTIAR,dah usaha,kita kena catch up subjek2 yang sebelum nie,mcm usaha cuma ni over sikit,
kat dunia ni takde sape pandai sape bodoh,yang ada cuma kita mahu atau tak mahu,mahu apa? 
mahu berjaya ke taknak,kita tanya diri kita,nak berjaya taknak ??

4) TAWAKKAL,selepas kita dah doa,berusaha,ikhtiar kita pun tawakkal lah kepda Allah,
semoga segala apa yang kita belajar kita dapat aplikasikan dalam kehidupan,
dalam kertas peperiksaan,kita serahkan semuanya kepada Allah.

Alhamdulillah,selesai sudah sesi sharing2 ilmu,sebenarnya ada lagi dari abang fazli UNIC,tapi lain
kali la ye,penat da tulis,hehe :) nak cakap,sedih sangat tak dapat bergambar dengan IM najdi,
takpe la dapat snap pic ngn MC mahmud pun okayy la*gambar kat atas*
Lots of Love Diena,xoxo



3 comments:

zulhilmi tempoyak said...

InsyaAllah kan... boleh tu boleh.. :)

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/