Friday 21 September 2012

Aurat sempurna,Peribadi terbina.

Aku sekadar berkongsi sebuah cerita Si Muslimah mencari Sesuatu yang belum Sempurna ??


Sahabatku semuslimah.
Ingin ku kongsikan pengalaman ini selepas berhijrah. Beberapa tahun yang lalu, aku adalah seorang gadis yang berpakaian biasa, cukup sekadar bertudung walaupun baju dan seluar yang dipakai tidak menepati hukum islam. Ini yang dikatakan membalut aurat bukan menutup aurat. Pada masa yang sama, solat ku juga tidak terjaga. Sering kali lewat, malah kadang-kadang tertinggal. Bukan aku tidak sedar semua itu adalah salah, tetapi hati ini lemah! Sentiasa termakan pujukan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan hamba Allah.

Benar, ketika itu setiap kali aku keluar dari rumah, ada saja mata-mata nakal yang liar memandang pada. Pernah juga aku diganggu secara agresif oleh mereka! Pelbagai gangguan lagi yang aku hadapi sepanjang menjalani kehidupan sedemikian. Dan sesungguhnya aku tidak tenang dengan situasi begitu.
Namun, pada suatu ketika, aku mula terfikir sejenak, apakah cara hidup aku seperti ini akan memberi kebahagiaan kepada ku di dunia dan akhirat kelak? Kebetulan, pada saat itu, aku mula bersahabat baik dengan seorang rakan sekuliah aku. Perwatakannya sangat baik, pakaiannya agak sempurna, auratnya tertutup rapi.

Aku berasa sangat tenang melihat dia. Secara perlahan-lahan tanpa disedari, aku mula mengikuti setiap langkahnya untuk berubah. Mengenakan pakaian yang labuh dan longgar, melabuhkan tudung, kemudian bersarung kaki atau memakai kasut yang bertutup. Aku terpandang diri aku di cermin, ya Allah..
Sememangnya diri ini kelihatan begitu indah dalam keadaan seperti itu.. Pakaian yang longgar memudahkan aku untuk bergerak, tidak seperti pakaian yang ketat.. Sesuatu yang sangat jelas kelihatan adalah, setiap perbuatan gerak-geri aku tidak menjadi tatapan mata kaum Adam yang nakal lagi seperti dulu! ke mana sahaja yang aku pergi, tiada lagi gangguan!
Selain itu, bonus istimewa daripada perubahan ini adalah, solat aku semakin terjaga. Walaupun aku tidak tahu adakah sempurna solat ku pada-Nya, namun solat ku tidak lagi sering tertinggal seperti sebelum ini.

Alhamdulillah, kini amalan bertudung labuh, berpakaian labuh terus menjadi pakaian rutin dalam kehidupan ku. Selain itu, aku juga turut membiasakan diri dengan berniqab. Supaya tidak timbul rasa riak dihati terutama sekali mendapat pujian daripada sesiapa. Yang paling penting, ingin kecantikan yang Allah kurniakan hanya menjadi tatapan buat suami tercinta kelak.

Namun, belum dapat di istiqamahkan, kerana faktor tempat belajar dan keluarga. Apa yang pasti, setiap yang berlaku dengan izin-Nya itu telah banyak mengubah kehidupan ku. Aku berasa amat bahagia dan tenang dengan diri ku yang baru.

Semoga penghijrahan ini diredhai Allah dan istiqamah selamanya. Walau asbabnya adalah teman sebilikku, namun hakikatnya Allah jualah yang membuka pintu hati ini. Sesungguhnya hijrah ini semata-mata keranaNya. Semoga aku dan wanita di luar sana dapat menjadi muslimah yang solehah di dunia dan akhirat, insya-Allah.
 
P/S Dia : Adik-adik dan sesiapa saja yang masih dalam keadaan seperti ku dahulu, ayuhla kita berhijrah! Insya-Allah, kehidupan kita akan menjadi lebih baik.
 
Kesimpulannya . Takkan kta mahu membutakan mata lagi ? Jangan ditunggu seru untuk menutup aurat,Seruan Allah menyuruh kita tutup aurat sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulu kala . Cuma kita tak inginkan perubahan . Kalau bukan sekarang Bila lagi ?
 
 

1 comment: