Wednesday 3 October 2012

haiwan yang bercinta ?

Assalamualaikum dan salam ukhwah rakan :)
Pasti ramai remaja yang bercita pada zaman sekarang bukan ? Tapi bagaimana mereka memanfaatkan cinta mereka ? Mari kita telusuri di sebalik "haiwan yang bercinta" !!


Tuhan tidak memberikan rasa cinta kepada manusia untuk maksud yang rendah. Cinta bukan hanya untuk memberi dan mendapatkan seks. Jika itu tujuan cinta,alangkah rendahnya martabat cinta. Al-Farabi berkata "Cinta yang hanya bertujuan untuk seks ialah cinta yang diberikan Tuhan kepada haiwan" . Jadi jika cinta kita untuk memenuhi keperluan seks Kita sama Macam Haiwan :)

IKUT NAFSU, LESU ~
-->Satu cita-cita yang tinggi untuk diraih oleh setiap remaja. Itulah misi yang ditetapkan oleh Allah untuk dilaksanakan kepada setiap manusia. Cita-cita yang tinggi akan meninggikan darjat seorang manusia. Tanpanya,jatuhlah manusia ke taraf haiwan. Apabila menolak untuk menjadi hambanya,maka kita akan menjadi hamba kepada yang lainNya. Paling tragis dan sadis kita akan menjadi hamba kepada hawa nafsu. Firman Allah s.w.t yang bermaksud "Pakah kamu tidak melihat orang yang menjadi hamba hawa nafsunya?". Ini bukan sahaja tragis,tapi satu tragedi yang paling dahsyat dalam hidup ! Ikut nafsu,Lesu . Mengapa ?

Kehendak nafsu tidak pernah puas dan tidak terbatas. Jika diri sudah menjadi hambanya,kehendaj seks jadi buas dan tidak terkendali. Hidup jadi tertekan,buntu,lesu dan marah. Memburu kehendak nafsu bagai memburu fatamorgana. Dari jauh umpama air,apabila dihampiri rupa-rupanya panas yang membahang. Minum dari telaga nafu,tidak akan menghilangkan tenaga malah akan membuat diri lebih dahaga.

USAH BERCINTA DENGAN HAIWAN ~
-->Cinta haiwan tidak mempunyai tujuan dan jalan yang benar. Tidak ada istilah iman dan syariat akhlak dalam kehidupan haiwan. Nafsu seks dipenuhi dengan cara yang begitu jijik sekali. Tidak ada rasa segan silu,dimana-mana sahaja,dengan siapa2 sahaja. Maka begitulah jadinya manusia jika bercinta dengan cinta haiwan. Iman,akhlak dan syariat terbarai. Demi keseronokan yang sementara tetapi dosa yang berkekalan.

Haiwan punya nafsu dan naluri. Manusia dikurniakan akal dan agama. Dengan pimpinan agama yang suci dan fikiran yang bersih,seks dinikmati secara terhormat,indah dan bermaruah. Melalui ikatan pernikahan,bersatulah sepasang manusia yang berlainan jantina itu dengan nama Tuhan yang Maha Mencipta.Akan tiba masanya yang indaj itu,Bersabarlah :)

TIPS YANG BOLEH ANDA LAKUKAN :
-->Bermujahadahlah,perangi nafsu buat sementara,sibukkan diri dengan memburu ilmu dan iman. setelah itu beramallah. Jika agenda hidup dipenuhi dengan sempurna,maka Insya-Allah diri akan sibuk dengan cita-cita tanpa diganggu oleh rasa cinta.
-->Lawanlah tipu daya syaitan atas nama cinta dengan menjaga solat. Solat dapat mencegah perkara yang keji dan mungkar. Sibukkan diri mengaji dan menghafal surah2.
-->Beri tumpuan sepenuhnya semasa menimba ilmu,Sesungguhnya belajar itu satu ibadah.Mentelaah itu satu jihad jika niatnya ingin mencari keredhaan Allah Taala.

*Apabila hati sudah melekat dengan solat,maka itulah sebaik-baik zikir. Dan apabila hati sudah berzikir,syaitan akan terusir*

InsyaAllah kita mampu . Kita Boleh :)

7 comments:

Dilla Delaila said...

semoga Allah pelihara hubungan kita ssama manusia dan menjauhkan kita dari melakukan kemunngkaran . Amin . singgah di sini dear :)

DIENA NERYNA said...

amin ya Rabbal alamin :) tq :)

Ibu Aqmar said...

terima kasih atas perkongsian ini...:)

DIENA NERYNA said...

sama sama kasih sodiqi :)

Unknown said...

moga-moga Allah pelihara kita semua :D

DIENA NERYNA said...

Amin ya Rbbal alamin :D

Unknown said...

betul2..
http://nurulnamasaya.blogspot.com/